Little Paris
Hello! Wallo!

Assalamualaikum! Hi I'm Nur Syamira. Welcome to My Blog :*


Entries About


Template: Intan Aqilah
Basecodes: Yaya
Others:   


penagih tegar

assalamualaikum kepada semua rakyat malaysia yg dikasihi malah disayangi dirindui ~ eh kau tak payah nak berbahas sangat la miera -.-

biasanya petang-2 macam ni mama mesti dia akan cerita perangai aku yang genius gila sampai boleh berterbangan bersama burung-burung k tipu ...
okay balik pada cerita aku , tajuk macam gempak je kan padahal story masa dulu-dulu je :p
masa kecik-kecik dulu aku ada tabiat buruk hodoh kau nak tahu ke apa benda ? alah nak bagitahu pun segan kalau tak bagitahu baik tak payah cerita kan k agak badak air ayat aku ni.

back to the story~
masa kecik dulu mama cerita aku tak boleh berpisah dengan "PUTING" .. haaa dengar macam lucah kan karang tak pasal-pasal aku kena hentak dengan korang dengan besi bertubi-tubi dengan package kena tanam dalam lubang jamban -,-
yang tengah blurr tak tahu apa benda puting tu nah aku tunjuk!


sweet kan aku sampai cari gambar ni untuk korang . kalau siapa tak tahu apa benda ni aku syorkan kau shut down laptop kau dan kau boleh cari pokok kelapa kau panjat then lompat macam perenang negara selalu buat . tiba-tiba aku nak emo ni dah kenapa errr -.-

 *flashback masa umur 5 tahun*

masa ni bermula la hidup aku sebagai pelajar tadika siap berskirt hijau dengan rambut bertocang dua . sebelum aku pergi tadika aku akan hisap puting, wahh hebat kan umur dah 5 tahun dah besar bangka pun dengan puting lagi HAHA ! okay selalu sebelum ke sekolah aku akan hisap puting ni lelaju selaju formula one sebab bas dah tunggu depan rumah , derhaka kan perangai aku suruh driver bas tu tunggu .. lepas dah menggelabah bas dekat depan rumah aku main campak je puting tu , itu la kan bak kata orang bila ada main campak-campak je , bila dah tak ada baru nak tercari-cari . ala biasa la tu kecik-kecik bukan tahu apa . tapi bila mama cerita ni memang malu gila la yg adik-adik aku semua ngekek-ngekek bila mama cerita perangai buruk aku . bagi yang tak tahu apa maksud ngekek tu kau boleh search dekat google aku tak ada masa nak translate tak pun kau buat-buat tahu je , cengampang kan ayat aku xD

sebenarnya aku paling benci tadika tu sebab cikgu india tu suka usha kerek je dengan aku dekat sekolah , mana taknya orang lain tengah belajar aku masuk bawah meja aku tarik-tarik kain kawan aku konon acah-acah main cakcak la kan , selalu jugak dapat package rotan dekat tangan dengan bonus kena tarik telinga mak aii nakal ya amat perangai aku dulu . tapi bila balik je sekolah elok turun dari bas tu akan menangis dekat luar rumah

"mamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa , sakitttttttt cikgu rotannnnnnnnnnnnnnnnnn" :'((((

haaa lebih kurang macam tu la ayatnya , macam mana jeritan tu pepandai korang la nak buat macam mana tapi korang wajib bukak mulut  besar-besar k .
okay kalau aku buat hal dekat tadika aku akan menangis menjerit terlolong dekat luar rumah sampai mama keluar ,see kecik-kecik dah pandai nak drama derhaka betul HAHA 
aku akan mengadu dekat mama kiranya aku nak cerita aku tak salah kan hihi tapi sebenarnya cikgu india tu dah terlebih awal cerita dekat mama pasal perangai aku dekat tadika grr memang bengang . 

elok masuk je rumah aku selongkar semua barang dalam bilik mama dah macam penagih dadah padahal puting je pun kan , tu lah sebelum pergi tadika main campak je lepastu dah gelabah nak cari balik . tak senonoh je perangai .

*flashback masa umur 6 tahun*

okay masa ni aku dah tukar tadika k memang macam-macam hal aku dekat situ baik aku tukar arah angin . masa umur 6 tahun ni jugak aku berhenti dari menjadi penagih puting bayi bersiri k tak lawak . 
aku berhenti dengan cara aku sendiri , selalunya papa mama sorok puting pun aku boleh cari balik sebab aku memang tak boleh hidup kalau puting tu tak ada .. yelah parents aku terpaksa buat macam tu sebab aku dah tua bangka dah -,-

cerita dia macamni  masa tu mama tengah masak dekat dapur dan aku pulak dekat jamban , apa aku buat dalam jamban korang tak payah tahu k karang tak pasal-pasal aku flush kepala kau dalam jamban . 
aku dalam bilik air pun aku hisap puting gila tak senonoh jijik punya perangai HAHA lepastu aku akan bercakap dengan orang dekat dapur sebab aku takut pergi bilik air sorang-sorang sebab abang aku pernah cerita ada hantu rambut panjang la siap package hantu tu intai mandi la apala memang tak la aku nak pergi sorang . elok aku tengah bebel-bebel dalam jamban tu "puppppp" bunyi apa tu? bukan kentut k tapi puting aku yang menggelongsor dalam tu siap berkuak dada walamak . lepastu aku jerit 

"maaaaaaaaaaaaaaaaaaaa" *jerit*
"ye kenapaaaa"
 "puting masuk dalam jambannnnnnnnnnn" *menangis*

yang mama ngekek-ngekek sabar jela -.-
lepastu papa ada beli puting yang baru , haram aku nak hisap sebab aku fikir itu puting yang jatuh dalam jamban tu , biasa la kan pemikiran kanak-kanak terlampau lurus HAHA
 start daripada tu aku dah berhenti menjadi penagih dan menjalankan sesi pemulihan seperti biasa cehh macam apa je ayat aku macam penagih dadah pulak .
okay sampai sini sahaja coretan saya , coretan tambi kau mieraaaa  . 
sebelum aku merapu baik aku berhenti okay assalamualaikum :)